Dikaburi materialism
Ditutupi nikmat dunia
Terlalu cintakan harta
Sukar menerima kenyataan
Sesungguhnya..
Aku Papa..
Papa kedana
Terlalu bercita-cita
Cita berada di atas
Atas
Di awang-awangan
Bersama rembulan dan mentari
Riang menari
Lupa akan diri
Diri yang sebenarnya
Diri yang papa kedana
Aku,
Aku menjadi subjek dunia
Buat aku lupa kepada yang Esa
Juga akhirat nantinya
Tiada kuduga jadi sebegini rupa
Kerana
Terlalu percaya
Percaya kepada apa?
Kepada diri yang aku duga sangat kuat
mampu melawan hakikat dunia
Namun,aku salah!
Salah kerana terlalu percaya
Turut berbangga akan diri yang sebenarnya sangat hina
Itulah Aku
Aku Yang Papa
Ditutupi nikmat dunia
Terlalu cintakan harta
Sukar menerima kenyataan
Sesungguhnya..
Aku Papa..
Papa kedana
Terlalu bercita-cita
Cita berada di atas
Atas
Di awang-awangan
Bersama rembulan dan mentari
Riang menari
Lupa akan diri
Diri yang sebenarnya
Diri yang papa kedana
Aku,
Aku menjadi subjek dunia
Buat aku lupa kepada yang Esa
Juga akhirat nantinya
Tiada kuduga jadi sebegini rupa
Kerana
Terlalu percaya
Percaya kepada apa?
Kepada diri yang aku duga sangat kuat
mampu melawan hakikat dunia
Namun,aku salah!
Salah kerana terlalu percaya
Turut berbangga akan diri yang sebenarnya sangat hina
Itulah Aku
Aku Yang Papa


No comments:
Post a Comment